Search This Blog

Thursday 31 March 2011

Masih Relevankah "Jangan Jaga Tepi Kain Orang"

MASIH RELEVENKAH " JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG "


Salam semua baru2 ini bangk terbaca satu artikel mengenai masih relevenkah " Jgn Jaga Tepi Kain Org" hasil nukilan Abu Bakar Bin Yang. saja nak berkongsi kat semua yang kta manusia hanya mampu merancang tapi semua adalah kehendaknya apa yang perlu kta buat adalah usaha dan jgn lah berputus untuk berdoa kepada Nya tuhan yang disembah Allah S.W.T....sama2 kta baca dah hayati artikel ini :-



Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain.  Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain.  Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang' yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain.  Persoalannya ialah adakah pepatah ini masih relevan dengan cara hidup kita hari ini?   Dan lebih-lebih lagi kita orang Islam adakah pepatah ini selaras dengan tuntutan agama?  Sebenarnya pepatah ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri bergantung dari sudut mana kita melihatnya.



Sekiranya pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang' ini membawa maksud buangkan sifat ingin tahu yang berlebih-lebihan mengenai sifat buruk dan keaiban seseorang maka memang layak pepatah ini diamalkan.  Ini adalah kerana sifat suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain seringkali akan disusuli pula dengan tabiat suka menyebarkan keburukan itu kepada orang lain.  Ini mengupat namanya dan diharamkan oleh agama.  Bahkan al Quran telah mengingatkan kita supaya menjauhi sifat buruk ini di dalam surah al Hujurat, sebahagian daripada ayat ke 12, yang maksudnya:
"Janganlah setengah daripada kamu mengupat setengah yang lain..."

Begitu juga pepatah ini wajar diterima-pakai dan diamalkan sekiranya ia membawa maksud menjauhi sifat suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain.  Hal ini juga telah diperingatkan kepada kita oleh Islam supaya menjauhi sifat ‘tajassus' atau mengintip dengan tujuan untuk mencari keaiban dan keburukan orang yang tersembunyi, sepertimana firman Allah SWT di dalam surah dan ayat yang sama seperti di atas, yang membawa maksud:

"Dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang..."
Buruknya amalan mengupat dan sifat ‘tajassus' ini sehingga Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan kita supaya menjauhi sifat-sifat ini dengan sabda Baginda yang bermaksud:
"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya; Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya"
(Hadith riwayat at Tirmidzi)

Namun apa yang ingin dilihat disebalik pepatah yang kelihatannya tidak begitu molek diamalkan ini ialah ianya masih tetap relevan dengan tuntutan kehidupan harian kita masa kini sehingga mungkin ianya terpaksa diubah dari ‘jangan jaga tepi kain orang' kepada ‘tolong jaga tepi kain orang'.  Apa yang ingin dimaksudkan di sini ialah kita harus mengakui bahawa persekitaran hidup kita sekarang tidak lagi aman dan selamat seperti suatu masa dahulu. 



Di mana salah satu puncanya ialah runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan.  Jiran sudah tidak lagi mengenali jirannya dan saudara-mara pun jarang sekali ingin bersemuka dan bertanya kabar.  Rasa bertanggungjawab terhadap jiran tetangga dan saudara-mara sudah semakin terhakis dalam budaya hidup masa kini. Dan antara penyebab yang membawa kepada tidak lagi berasa bertanggungjawab kepada permasalahan masyarakat dan kejiranan itu ialah menggunakan alasan ‘jangan jaga tepi kain orang' sebagai jalan mudah untuk menidakkan rasa tanggungjawab. Sedangkan banyak perkara di dalam masyarakat kita hari ini menuntut supaya kita lebih bertanggungjawab, dan banyak hal dapat diselesaikan sekiranya sikap ingin tahu dan ingin bertanggungjawab ini disuburkan, dan secara tidak langsung pepatah ‘jaga tepi kain orang' perlu diketengahkan semula.

Contoh ketara yang boleh ditonjolkan ialah seperti kes-kes buang bayi, penderaan dan  penculikan terhadap kanak-kanak yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.  Dalam kehidupan moden dan di era globalisasi ini kita tidak dapat menafikan adanya manusia yang bertopengkan iblis dan bernafsukan syaitan.  Jika tidak masakan timbul kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak seperti yang dapat kita lihat di dada-dada akhbar saban hari.  Semua yang berlaku ini memberikan kita satu amaran jelas bahawa para ibubapa dan setiap anggota masyarakat perlu lebih peka dan mengambil tahu terhadap persekitaran masyarakat serta keselamatan anak-anak kita dan anak-anak jiran kita.

Rasa tanggungjawab dan kepekaan ini mungkin boleh menyelamatkan masyarakat kita dari terus dicerobos dengan masalah pembuangan bayi, golongan yang gemar mendera anak-anak ataupun golongan ‘pedofilia' yang sering mengambil kesempatan dari kecuaian dan kelalaian ibubapa.  Dalam kes penculikan anak-anak umpamanya, kita tidak dapat menafikan bahawa mungkin para ibubapa tidak dapat mengawal dan memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anaknya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak.  Namun para ibubapa juga perlu memahami bahawa anak-anak kecil bahkan anak-anak yang sudah meningkat remaja tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri, dan inilah peluang yang sering dinantikan oleh golongan‘pedofilia' ini.  Sepertimana yang dikatakan oleh En. Sabri Abd. Rahman, Pengerusi Gabungan Bertindak Pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak, bahawa anak-anak kecil mahupun yang sudah meningkat remaja sebenarnya masih tidak berupaya untuk melindungi diri mereka sendiri.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa tidak boleh mengandaikan kanak-kanak tidak kira berapa peringkat umur mereka berupaya untuk menjaga diri sendiri dan paling penting, tidak dibiarkan berada di luar mahupun di dalam rumah tanpa ada pengawasan orang lebih dewasa.  Menurut beliau lagi, tiada istilah tempat yang benar-benar selamat untuk kanak-kanak. Statistik menunjukkan kejadian seperti ini iaitu penculikan termasuk jenayah keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak boleh berlaku di mana saja termasuk di rumah yang kononnya dianggap selamat. Justeru, mereka perlu lebih berhati-hati dan tidak memandang remeh isu keselamatan kanak-kanak.

Mesej jelas daripada senario kehidupan masyarakat kita ini menggambarkan bahawa mahu tidak mahu rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran hidup kini mesti diwujudkan semula.  Dan pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang' perlu diubah kepada ‘tolong jaga tepi kain orang' sekiranya kita inginkan suasana yang lebih aman dan selamat.

Malangnya kita seringkali tidak mahu dilabelkan sebagai penyibuk dan suka sangat nak jaga tepi kain orang.  Tetapi tahukah kita dengan menjadi ‘tukang sibuk' dan suka jaga tepi kain orang inilah mungkin suatu hari dapat menyelamatkan nyawa insan kecil yang mungkin anak jiran kita atau mungkin juga anak kita sendiri.  Kita tidak dapat menggambarkan betapa wajah-wajah ibubapa yang dirundung malang ini saban hari meratapi kehilangan anak kesayangan mereka, kesakitan demi kesakitan dan penderitaan demi penderitaan.

Bagi menghadapi  gejala yang semakin membarah ini pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu unit baru khas untuk menangani kes-kes seperti ini.  Usaha ini seharusnya dipuji dan disokong oleh semua pihak.  Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat.  Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati sahaja atau mungkin ada peranan yang boleh kita mainkan.

Sebagai ahli masyarakat yang prihatin kita boleh menjadi sebagai pemberi maklumat kepada unit khas ini supaya kes-kes yang melibatkan kanak-kanak ini dapat diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan.  Untuk mendapatkan maklumat maka kita  perlu kepada ‘tukang sibuk' dan menjadi orang yang suka menjaga tepi kain orang.  Menjadi ‘tukang sibuk' dan suka menjaga tepi kain orang ini pula bukanlah bererti mencari maklumat yang bukan-bukan yang tidak ada hubung kait dengan masalah yang dihadapi.  Memadailah dengan maklumat yang sesuai dan cukup untuk disampaikan kepada pihak polis bagi melicinkan urusan siasatan mereka.

Justeru dengan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi, dan kemunculan penjenayah-penjenayah yang zalim, kejam dan sadis ini di dalam masyarakat kita, wajar bagi kita untuk kembali mengukuhkan institusi kejiranan dan kekeluargaan kita.  Kerjasama yang mantap sangat perlu di antara kita sebagai ahli masyarakat dengan pihak yang diberi kuasa.  Mungkin kita adalah dari kalangan orang yang prihatin tetapi takut untuk dilabelkan sebagai tukang sibuk dan suka menjaga tepi kain orang.  Namun ini hanyalah andaian kita terhadap orang lain, kerana hakikatnya realiti kehidupan masyarakat kita sendiri sudah sedar betapa ‘menjaga tepi kain orang' ini yang kena pada tempatnya adalah satu tanggungjawab yang perlu disuburkan semula agar menjadi budaya sihat yang membawa kepada kesejahteraan kita semua.

Tuesday 29 March 2011

Penyediaan Rancangan Perniagaan

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Apa itu Rancangan Perniagaan                                               
  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Kegunaan 

    Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada 
    untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :
  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan 
  1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                             
  2. Statistik
  3. Data ekonomi
  4. Data perdagangan
  5. Penyelidikan pasaran
 Kandungan 
1. Jadual kandungan
7. Rancangan organisasi/pengurusan
2. Ringkasan eksekutif /sinopsis 
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
6. Latar belakang pemilik
12. Rumusan
 
 

Penyediaan Rancangan Perniagaan

1.   Jadual kandungan
2.   Ringkasan Eksikutif

3.   Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

  4.    Tujuan Penyediaan 
    • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
    • merancang pelaksanaan projek baru
    • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
    • atau lain-lain tujuan

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

6.   Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran
 

7.   Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
    - tanggungjawab setiap jawatan
    - imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
  • Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat

8.   Rancangan Pemasaran
  • Analisis Pasaran - untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
    - mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
    - mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
    - Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
    - Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
    - Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Ramalan Jualan
    - syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
  • Strategi Pemasaran
    - Strategi pemasaran secara keseluruhan
    • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
    • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya.
- Strategi barangan
      • faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.
- Strategi harga
      • penentuan harga
      • tawaran harga dan sebagainya.
- Strategi Pengedaran
      • cara pengedaran dibuat
      • kos-kos yang terlibat
      • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
- Strategi promosi
      • - teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
- Belanjawan pemasaran

9.   Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
    - jumlah pengeluaran
    - keupayaan maksimum
    - penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

10.    Rancangan Kewangan
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
    • Kos pelaksanaan projek
    • Sumber pembiayaan
      - modal sendiri
      - pinjaman bank
      - sewa beli
      - lain-lain
    • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3  tahun)
    • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 tahun)
    • Analisis Titik Pulang Modal

11.   Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

12.    Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

 

Penyediaan Pelan Perniagaan

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)
  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran
Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan
2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:
  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan
3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)
4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
  • tanggungjawab setiap jawatan
  • imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
6. Rancangan Pemasaran
  • Analisis Pasaran
  • untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
  • mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
  • mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
  • Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
  • Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Ramalan Jualan
  • syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
  • Strategi Pemasaran
  • Strategi pemasaran secara keseluruhan
  • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
  • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
  • Strategi barangan
  • faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
  • Strategi harga
  • penentuan harga
  • tawaran harga dan sebagainya.
  • Strategi Pengedaran
  • cara pengedaran dibuat
  • kos-kos yang terlibat
  • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
  • Strategi promosi
  • teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
  • Belanjawan pemasaran
7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
  • jumlah pengeluaran
  • keupayaan maksimum
  • penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan
8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :
  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan
  • modal sendiri
  • pinjaman bank
  • sewa beli
  • lain-lain
  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal
9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)
- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Friday 18 March 2011

TERAS, FALSAFAH, PRINSIP

DAN

ETIKA PENGURUSAN ISLAM

 


ETIKA KERJA MENURUT ISLAM


2.4.1      Isu

Pertama; Apakah sebabnya wujud fenomena negatif dalam organisasi kini seperti curi tulang, tidak hadir dan ponteng kerja, membuang masa, kerja sambil lewa, pecah amanah, gangguan seks, pergaduhan, surat layang, layanan yang tidak mesra pelanggan dan pelbagai perkara yan melanggar etika perkhidmatan telah berlaku dengan leluasa?

Kedua; Apakah amalan negatif ini berlaku kerana ketiadaan suatu peraturan tatasusila (etika) sebagai garis panduan kepada para pekerja dalam melaksanakan kerja mereka? Atau disebabkan etika yang ada lebih bersifat falsafah yang terlalu sukar tuntuk diterjemahkan dalam realiti seharian? Atau kerana sistem latihan kakitangan lebih menekankan kemahiran bekerja berbanding dengan pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni? Atau kerana faktor kemanusiaan itu sendiri?

Ketiga; Apakah wujud praktis etika kerja Islam dalam pengurusan kini dan bagaimanakah ia diterapkan kepada kakitangan demi meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kerja mereka dalam usaha untuk mencapai visi/misi organisasi yang didukungi?


2.4.2      Rasional Etika Dalam Hidup Insan

¨                   Rasullullah s.a.w. ikutan terbaik (uswah hasanah)
¨                   Disiplin dalaman
¨                   Panduan-panduan bertulis
¨                   Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku para pekerja bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja.
¨                   Mencerminkan penyatuan dan piawaian perlakuan di antara warga organisasi dalam memberi sumbangan kepada organisasi, masyarakat dan negara.
¨                   Menetapkan standard bagi mendorong warga organisasi berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
¨                   Membentuk sikap dan perilaku pentadbir yang terpuji di kalangan warga organisasi demi mencapai kecemerlangan organisasi, masyarakat dan negara.

2.4.3      Pengertian Istilah

¨                   Etika

Etika bermaksud norma-norma atau prinsip-prinsip akhlak berkaitan dengan baik dan buruk yang diamalkan dalam melakukan sesuatu urusan. Piawaian nilai baik dan buruk berasaskan syariat dengan merujuk kepada al-Quran dan al-sunnah. Dengan kata lain, etika dalam Islam adalah akhlak berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. 

¨                   Kerja

Kerja (action) pula sama dengan istilah amal dan sun’a dalam bahasa Arab. Istilah amal secara umumnya bermaksud perbuatan, yang dibezakan daripada ilmu. Istilah sun’a pula bermakna mencipta atau mengeluarkan sesuatu dalam ertika kesenian. Dalam istilah semasa sun’a dikenali sebagai industri atau perusahaan. Secara prinsipnya, kesusilaan kerja dalam Islam meliputi amal dan sun’a kerana syariat merangkumi seluruh perbuatan manusia (Nasr 1989:13).

¨                   Etika Kerja

Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah  organisasi bagi mengawal tingkah laku pekerja ahli organisasi tersebut. Etika ini adalah satu bentuk  kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai organisasi berkenaan. Melalui prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam etika kerja, seseorang akan dapat mengetahui perbuatan-perbuatan yang dilarang dan perbuatan-perbuatan yang digalakkan oleh organisasi berkenaan (Ahmad Sarji 1991).

¨                   Etika Kerja Islam

Etika kerja ialah budaya kerja yang dilaksanakan berasaskan prinsip-prinsip akhlak dan menepati kehendak syariat sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.


2.4.4      Nilai dan Etika Kerja Islam

Manusia dalam melayari hidup, secara umumnya mesti mematuhi sekurang-kurangnya tiga perkara yang menjadi asas kerja harian mereka, iaitu :

¨                   ‘Ubudiyyah
¨                   Mas’uliyyah
¨                   Itqan




2.4.4.1          ‘Ubudiyyah
                                   
·         ‘Ubudiyyah selain daripada prinsip ia juga merupakan nilai yang perlu dan boleh dijadikan etika kerja seseorang Muslim.

¨       Pelaksanaan kerja berasaskan cUbudiyyah pada Allah SWT.
¨       Bekerja adalah ibadah. Ini sesuai dengan matlamat kejadian manusia yang dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (al-Qur’an, al-Zariyah 51:56). Oleh itu semua urusan hidup mestilah memenuhi konsep pengabdian diri ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:21):
Bermaksud: Wahai sekalian manusia! beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

¨       Pekerja dan organisasi yang baik akan menghubungkait dan mengimbangi semua aktiviti antara dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28:77):
Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluanmu dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”.
                  
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ala (87:16-17):
Bermaksud: (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia; pada hal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Rasullullah saw juga bersabda (lihat Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tijarah, Hadith 2143, 1992:725).
Bermaksud: Manusia yang paling besar jiwanya ialah orang mukmin yang mengambil berat tentang urusan dunia dan akhiratnya.

¨       Mengutamakan yang fardu daripada yang sunat. Seyyed Hossein Nasr (1989:15) menegaskan:
Kerja berhubung rapat dengan solat dan amal lbadah. Solat membawa insan kepada keselamatan diri dan kebahagiaan jiwa (soul). Daripada kesejahteraan diri akan muncul perbuatan dan pekerjaan yang baik. Dalam kehidupan lslam, waktu bekerja diselang-seli oleh solat dan kegiatan budaya (istirehat). Dalam seni bina bandaraya tradisional,  ruang untuk solat, kerja, pendidikan dan kegiatan budaya dijalin secara harmoni dan disepadukan sebagai satu kesatuan (unity). Pekerja bergerak dari masjid ke tempat kerjanya dan menghentikan pekerjaannya berulang kali bagi menunaikan solat setiap hari. Keadaan ini meninggalkan kesan yang mendalam ke atas makna kerja itu sendiri, di mana ia memperolehi ciri keagamaan yang menentukan makna susila dalam lslam.

¨       Memenuhi Tuntutan Amar Ma`aruf Nahi Mungkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Haj 
           (22:41; lihat juga Surah al-Baqarah ayat 201) dan surah al-Maidah (5:119):
Bermaksud: “..iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perbuatan yang mungkar; dan (ingatlah !) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Bermaksud: Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.

2.4.4.2 Mas’uliyyah

¨       Perasaan bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Perasaan bertanggungjawab tersebut bukan sahaja kepada pihak pengurusan tetapi kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Takathur (102:8):
Bermaksud: Sesungguhnya kamu akan ditanya, pada hari itu, tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya.

Dalam Surah an-Najm (53:39; lihat juga al-Qiyamah 75:36; al-lsra’ 17:36; -Zalzalah 99:7-8) Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

¨       Memastikan tidak ada penyelewengan dalam organisasi sama ada dilakukan oleh pihak atasan atau bawahan dengan saling memberi peringatan dan nasihat antara satu sama lain. Sabda Rasullullah saw (Muslim, Kitab al-Iman, t.th:53)
Bermaksud: Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya “kepada siapa nasihat itu?” Junjungan  menerangkan; “nasihat kepada Allah, kepada kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dan juga kepada orang di bawahnya”.
Menghindari kemungkaran bukan tugas  ketua atau pihak pengurusan tertinggi (atasan) sahaja tetapi merupakan tugas bersama seluruh manusia yang melihat kemungkaran tersebut. Sabda Rasullullah saw  (Muslim, Kitab al-Iman, t.th:50):      

Bermaksud: Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran tersebut dengan tangannya, sekiranya tidak mampu berbuat demikian hendaklah dicegah dengan perkataannya, maka jika ia tidak berkuasa berbuat demikian hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan itu merupakan selemah-lemah iman.

¨       Taat Setia; patuh kepada organisasi dan pemimpin (Loyalty; Pride To Organisation And Leader). (Al-Qur’an,  al-Nisa’ 5:58). Sabda Rasullullah saw (Ibn Hajar al-cAsqalani, Kitab al-Ahkam 1959: 240) berbunyi:
Bermaksud: Setiap Muslim wajib di atasnya dengar dan taat setia dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, maka apabila ia disuruh melakukan maksiat, ketika itu tidak harus ia dengar dan memberi taat setia.

Dalam hadith lain Rasullullah saw bersabda (lihat al-Musnad Ahmad ibn Hanbal, Hadith 1095 1995:67):
Bermaksud: Tidak ada taat setia kepada makhluk dalam perkara yang membawa penderhakaan kepada Allah SWT.

2.4.4.3 Itqan (Berkualiti)

¨       Kualiti bermaksud memenuhi keperluan (Oakland 1995:3). Memenuhi keperluan dalam Islam adalah dengan memenuhi tuntutan syariat. Ini bermakna kualiti dalam Islam bersifat menyeluruh (total quality), bukan hanya menyentuh daya pengeluaran (productivity) tetapi yang lebih penting ialah kualiti manusia yang melibatkan kualiti luaran dan dalaman sehingga menjadi aset penting kepada organisasi. Kualiti yang memperlihat kecemerlangan dalam semua aspek operasinya (Syed Omar 1994a:11) kerana memenuhi kehendak syariat.

¨       Pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang menjadi model dan ikutan  kakitangan bawahan atau pengikutnya serta disegani oleh rakan sejawat. Dalam Islam model yang unggul dan tiada tolak bandingnya ialah Nabi Muhammad saw. Allah SWT mengiktirafnya sebagai uswah hasanah bagi mereka yang mengharapkan balasan baik dunia dan akhirat. Ini dirakamkan dalam surah al-Ahdhab (33) ayat 21:

Bermaksud: Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

¨       Pemimpin hendaklah berlaku adil dan ihsan dalam tindakan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl (16:90):

 Bermaksud:  Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat  kebaikan.

¨       Mengikut al-Mawardi  (1966: 66); keadilan bererti bercakap benar, jelas kejujuran (amanah), menjauhi  yang haram, memelihara diri dari terjerumus ke dalam dosa, menjauhi syubahat, tenang dalam menghadapi kesukaan dan kemarahan (tidak dikuasai oleh perasaan kasih dan marah terhadap sesuatu), dan menjaga maruah dalam urusan keagamaan dan  keduniaan.

¨       Pekerja berkualiti adalah pekerja yang tekun berusaha, cekap, kuat, rajin, suka membantu orang lain, jujur, amanah, tepat janji, ringan tulang, dan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.  Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28:26; lihat juga al-Mulk 67:2; al-Baqarah 2:148):
Bermaksud: sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu (ayah) ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”.

¨       Seterusnya mereka menjaga batas-batas hubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita (al-Mu’minun 23:5-6), menutup aurat (al-Ahdhab 33:59; al-Nur 24:30-31), mempunyai hubungan mesra (al-Furqan 25:63), tidak  angkuh, sombong dan megah diri dengan jawatan (Luqman 31:18-19), tidak mencela, mengumpat, mencaci, mencari kelemahan orang lain, menfitnah dan syak wasangka (al-Hujurat 49:11-12), sentiasa berhati-hati menerima sesuatu berita dengan menapis dan menyelidiki kebenarannya, terutama berita yang dibawa oleh orang fasik (al-Hujurat 49:6), di samping itu mereka mengotakan apa yang dikata, kerana amat berat siksaan Allah SWT bagi mereka yang pandai bercakap tetapi tidak mengerjakan apa yang diucapkan (al-Qur’an, al-Saf 61:2-3):


Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebencian di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

¨       Perhubungan atau komunikasi  dengan masyarakat luar dijalin dengan cara yang efektif, baik, penuh hormat dan membalas penghormatan yang diterima dengan lebih baik. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ (4:86; lihat juga al-Furqan 25:63) :

Bermaksud: Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu.

¨       Pekerja yang berkualiti akan menghasilkan produktiviti yang berkualiti, elok dan menyenangkan bukan sahaja kepada organisasi atau dirinya malah mengutamakan kehendak pelanggan. Firman Allah SWT (al-Qur’an, al-Baqarah 2:168 & 172) :

Bermaksud: Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!  makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)  yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

¨       Menjadi naluri manusia inginkan barangan/perkhidmatan yang terbaik, lebih-lebih lagi umat Islam. Allah SWT memerintah mereka supaya  menggunakan barangan dan perkhidmatan yang halal lagi baik. Barangan sedemikian sudah pasti berpunca daripada sumber dan cara proses yang menepati kehendak Islam. Semua pekerja mestilah menghasilkan barangan/perkhidmatan yang terbaik dan dengan cara terbaik sebagaimana mereka mengharapkan barangan/perkhidmatan yang berkualiti daripada organisasi lain. Dengan demikian penghasilan mereka diiktiraf dan dimanfaat oleh para pelanggan. Penghasilan berkualiti menepati kehendak hadis Nabi saw  (Sahih Muslim bi-sharh al-Nawawi, Kitab al-Saidi wa al-dhaba’ihi, t.th: 106-107):
...

Bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap suatu.

Dalam hadith lain Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):

Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).

Bermaksud: ...Allah suka  seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.

¨       Kreatif dan inovatif tetapi tidak mengabaikan nilai-nilai kebaikan dan estetika ( lihat al-Qur’an, al-Nahl 16:14;80 dan 81; Fusilat 41:39; al-Mulk 67:15; Noh 71:19-20). Seandainya etika ini tidak dipatuhi, akan wujud berbagai kerosakan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Rom (30:41):

Bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 

¨       Muhasabah diri (Self-Critism) dan kerja yang diusahakan.
Saidina Umar berpesan:
Bermaksud: Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan yang  besar. Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang ringan pada hari kiamat ialah bagi sesiapa yang menghitung (menghisab) dirinya di dunia (Abdul Rauf 1991:142).

Dalam surah al-Hashr (59:18; lihat juga surah al-Zariyah 51:21) Allah SWT berfirman :

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan“.

2.4.5    Lain-lain Nilai dan Etika

¨       Selain daripada nilai dan etika di atas, banyak lagi nilai dan etika lain yang digariskan oleh para pengurus dalam menetapkan nilai dan etika yang perlu untuk dihayati oleh organisasi mereka.

¨       Jabatan Perkhidmatan Awam misalnya memperkenalkan tonggak 12 sebagai mana yang terdapat dalam buku “Tonggak Dua Belas” dan buku “Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam”.

¨       Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah secara umumnya telah menggariskan 5 nilai dan etika kerja yang boleh dihayati oleh para pekerja di Malaysia, iaitu:

1.    Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
2.    Bekerja dengan ikhlas dan amanah
3.    Bekerja dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
4.    Bekerja dengan semangat gotong-royong atau bekerjasama dan mesyuarat serta berpadu fikiran
5.    Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.


2.4.6    Kesimpulan

Etika kerja Islam menekankan aspek pembangunan sumber tenaga (manusia) yang meliputi jasmani (jasad), spiritual (roh) dan intelektual (akal). Ketiga-tiga unsur ini perlu dibangunkan serentak dan bersepadu. Unsur luaran (fizikal) yang hebat, penyediaan alat yang sofistikated dan daya intelektual (ilmu) yang tinggi, tidak akan dapat membawa kecemerlangan  seandainya spiritual (roh dan hati) tidak disemai dengan norma-norma dan nilai-nilai mahmudah (Osman 1989). Rasullullah saw menjelaskan hakikat ini dalam hadithnya (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadith 48, t.th.: 50) yang berbunyi:


Bermaksud: Sesungguhnya dalam jasad manusia ada sepotong daging, jika ia elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ia adalah  “al-qalb”.