Search This Blog

Thursday 10 January 2013

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...


ingat hutang di dunia.....
Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...


Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat 


ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan 

pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya 

dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan 

merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar 


berdoa dilepaskan dari hutang :


Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, 


lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta 

perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda 

menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia 

dusta, bila berjanji ia mengingkari"

 ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )





Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang


 Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan

 bermotifkan wang

Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.


Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.
Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.
Harian Metro


insaflah wahai manusia kerana tiada jalan yang keluar bagi orang yang menipu.