Search This Blog

Wednesday 20 July 2011

Mengatasi Gemuruh Semasa Interview

Salam kepada semua yang berkunjung ke blog bangktuah. Bangk nak berkongsi sedikit maklumat tentang cara untuk mengatasi gemuruh semasa interview. . Tapi bila dapat peluang untuk interview mesti still rasa nervous sebelum dan juga semasa interview. Macam-macam cara yang bangk buat untuk persiapan dan tips temuduga untuk hilangkan rasa gementar masa temuduga seperti makan gula-gula berangin sebelum interview, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan tapi paling utama ialah baca ayat seribu dinar sambil mohon ditenangkan hati serta dipermudahkan segala urusan interview. Bagi yang nak amalkan tips hilangkan gugup atau takut yang sama boleh baca ayat di bawah atau rujuk pada Al-Quran Surah At-Talaq Ayat 2-3.
gambar ayat seribu dinar
Maksud (Ayat 2 & 3, Surat At-Talaq):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
*************************************
Tips Hilangkan Rasa Gementar Ketika Temuduga
1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.
4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.
5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.
6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

No comments:

Post a Comment