Search This Blog

Tuesday, 3 May 2011

INFORMASI DALAM ISIADAT LAUNG AGUNG (PENGAKAP KANAK-KANAK)

ISIADAT LAUNG AGUNG

1. AKELA BERTERIAK PEK !
 ( BERMAKSUD PKK BERHENTI, DIAM DAN DENGAR ARAHAN SETERUSNYA DALAM KEADAAN SEDIA).

2. AKELA BERTERIAK PEK ! PEK ! PEK ! LALU MELEBARKAN KEDUA TANGAN SEPARAS BAHU YANG MENUNJUKKAN ISYARAT UNTUK MEMBENTUK BULATAN KECIL.

3. SAMBIL BERTERIAK PEEEEK, PENGAKAP KANAK-KANAK BERLARI MENGHAMPIRI AKELA LALU MEMBENTUK BULATAN MENGELILINGI AKELA MENGIKUT SEKAWAN. AKELA MENDEPA TANGAN DAN PKK PULA BERPEGANGAN TANGAN.

4. AKELA ANGKAT TANGAN TINGGI SEDIKIT. PKK MENGANGKAT TUMIT. AKELA MENURUNKAN TANGAN RAPAT KE PEHA, PKK SEGERA MELEPASKAN PEGANGAN SESAMA MEREKA LALU DUDUK MENCANGKUNG RAPAT MANAKALA TANGAN BERADA DI SISI LUAR KEDUA BELAH PEHA LALU BERTERIAK ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". SEBAIK SAHAJA MENYEBUT BAIK, PKK TERUS BERDIRI DLM KEADAAN SEDIA MENGADAP AKELA.

5. PETUGAS DARI SEKAWAN BERTUGAS MEMBERI HORMAT KEPADA AKELA DAN MENCABAR SAMBIL BERTERIAK " KAMU BUAT HABIS BAIK "
( INTONASI MENYOAL ). PKK YANG MEMBALAS HORMAT SAMBIL MENJAWAB " KAMI BUAT HABIS BAIK ".

6. AKELA MEMBALAS HORMAT DALAM KEADAAN SEDIA. 
( PKK TIDAK TURUNKAN TANGAN MEREKA SEHINGGA AKELA TURUNKAN TANGANNYA DARI POSISI TABIK HORMAT ).
  • ISTIADAT LAUNG AGUNG HANYA BERMULA DARIPADA PERKARA 1 - 6 SEPERTI DI ATAS. SELEPAS SELESAI PERKARA NO. 6, ISTIADAT MENGIBAR BENDERA DILAKUKAN BAGI PKK.
7.    BILA DIADAKAN
  • ·         SETIAP KALI DIADAKAN PERJUMPAAN
  • ·         SETIAP KALI SEMASA MENAMATKAN PERJUMPAAN


8. LAUNG AGUNG MERUPAKAN
  • ·         TRADISI DALAM ISTIADAT PENGAKAP KANAK-KANAK.
  • ·          DIAMALKAN DI SELURUH DUNIA.
  • ·          MENGINGATKAN PENGAKAP KANAK-KANAK SUPAYA "BUAT HABIS BAIK"
  • ·          UNTUK MENGHORMATI TETAMU.
  • ·          MELAHIRKAN SEMANGAT SETIAKAWAN,PERPADUAN SERTA MEMBINA     DISPLIN.




No comments:

Post a Comment