Search This Blog

Thursday, 5 May 2011

LENCANA USAHA









LENCANA USAHA


SUKATAN PELAJARAN LENCANA USAHA

CITA-CITA PENGAKAP

1. Melukis dan menerangkan erti bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing
2. Menyanyikan Lagu Kebangsaan (Negaraku) dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing sambil menyanyi dalam masa yang sama Lagu Kebangsaan dan lagu negeri berkenaan
4. Mengetahui nama penuh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan, TYT Yang Dipertua Negeri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri berkenaan
5. Melafazkan Persetiaan Pengakap dan menghafal serta tahu makna Undang-undang Pengakap  

KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Mengetahui latihan asas perbarisan: masuk baris, senang diri, rehatkan diri, ke kanan lurus pandang depan, keluar baris, besurai, ke kanan pusing, ke kiri pusing, ke belakang pusing, buka barisan, tutup barisan, langkah ke sebelah dan paras
2. Mengetahui kawat tongkat: rehatkan diri, senang diri, sedia, baring tongkat, angkat tongkat, kalih tongkat dan hormat dengan tongkat
3. Mengetahui isyarat tangan pengakap: rehatkan diri, senang diri, sedia, keluar baris, barisan melintang, barisan jajar, barisan tertutup, barisan terbuka, tapak kuda, bersurai
4. Melalui dengan jayanya lima daripada lapan halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangannya ialah: menggayut tali, merangkak komando, meniti goyang, merangkak bawah jala, meniti pacak, memanjat tembok/tali, melalui terowong, menggayut monyet/tali
5. Menunjukkan dengan jayanya cara melipat dan mengibarkan bendera

KEMAHIRAN BERPENGAKAP

1. Menerangkan kegunaan dan cara membersihkan, menjaga dan menyimpan pisaudan parang dan langkah keselamatan. Membuat kayu pancang khemah atau alat-alat lain yang berguna dalam perkhemahan dengan menggunakan pisau dan parang
2. Menunjukkan serta mengetahui kegunaan simpulan dan ikatan berikut:
        (a) simpul himpit (fisherman’s knot)
        (b) simpul pulih (sheep shank)
        (c) bunga geti ganda (double sheet bend)
        (d) lilit balak (timber hitch)
        (e) lilit ‘taut line’ (taut-line hitch)
        (f) ikatan seraya (square lashing)
        (g) ikatan serong (diagonal lashing)
3. Mengetahui Undang-undang Lalulintas Jalan Raya bagi penunggang motosikal
4. Memahami segala faktor penting bagi memilih tapak perkhemahan
5. Menyenaraikan keperluan peribadi untuk berkhemah dan mengetahui cara menyusun dengan kemas keperluan tersebut ke dalam beg sandang (rucksack)
6. Menyediakan alatan pertolongan cemas peribadi di dalam bekas yang sesuai untuk pengembaraan
7. Menghidupkan api di luar khemah, membuat minuman serta memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri
8. Mendiri dan menurunkan khemah kecil (hike tent) atau ponco


9. Berkhemah di luar bersama pengakap-pengakap lain sekurang-kurangnya satu malam dalam satu kegiatan pengakap
10. Mengetahui arah mata angin  dan mengenali peta topo
11. Mengetahui isyarat sulit pengakap
12. Berjalan kaki sejauh 6 km bersama patrol sendiri dan sekembalinya, memberi laporan ringkas bertulis mengikut format yang ditentukan atas satu malamat yang ditetapkan

KECENDERUNGAN DAN MINAT

1. Membuat satu kraftangan daripada buluh, kayu atau logam atau mengukir pada kayu/sabun/lilin dan sebagainya
2. Menghasilkan satu plaster cast dengan menggunakan Plaster of Paris
3. Menyimpan rekod berkenaan dengan sekurang-kurangnya 12 orang sahabat pena di dalam Buku Log Peribadi

PERKHIDMATAN

1. Mengetahui cara mengikat balutan anduh yang berikut:
        (a) melipat kain anduh
        (b) membalut kepala
        (c) membuat anduh besar
        (d) membalut tangan
2. Mengetahui cara mengambil tindakan menghadapi kemalangan, kebakaran, luka, sengatan binatang dan pitam
3. Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan awam, pengangkutan tempatan, tempat bersejarah, dan tempat penting, hospital, klinik, kediaman doctor, balai polis, balai bomba/tempat alat pemadam api dan tempat telefon awam
4. Boleh menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang

3 comments:

  1. lihat sambungan seterusnya......

    ReplyDelete
  2. Bagus2...satu pendekatan yg memberangsangkan...

    ReplyDelete
  3. salam pengakap,

    tahukah saudara, skim baru lencana telah dikeluarkan oleh PPM sejak tahun lepas ?

    http://www.klscout.org/index.php?option=com_content&view=article&id=226&Itemid=265

    ReplyDelete