MENDIRI DAN MENURUNKAN
KHEMAH KECIL
Mendirikan khemah
- bersihkan kawasan tapak khemah
- tentukan arah tiupan angina, kemudian dirikan khemah mengikut arah tiupan angina
- ukur saiz panjang khemah di atas lantai, tanamkan kedua-dua batang tiang khemah
- naikkan khemah, pasangkan bumbung dan tiang dengan betul
- ketukkan pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang
- kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke pancang
- setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung
- kemudian taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang bisa memasuki khemah pada waktu malam
Menurunkan khemah
- pastikan segala barang dikeluarkan daripada khemah
- tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang, kemudian turunkan khemah
- kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang ditanam
- sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah
- bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
- bentangkan khemah di atas tanah. Semua helaian pintu, penahan angin dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam
- selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter
- khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan
- bersihkan kawasan perkhemahan
BERKHEMAH SEKURANG-KURANGNYA
SATU MALAM
Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat tinggal sementara bagi berteduh dan bermalam. Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang diajar dalam pengakap. Pengakap dapat melatih memasak, bermain, bekerja, belajar dan bersuka ria bersama-sama rakan-rakan pengakap yang lain. Untuk mendapatkan Lencana Usaha, pengakap perlu berkhemah di luar sekolah atau rumah bersama pengakap lain, sekurang-kurangnya satu malam.
Contoh dan Ujian Lencana Usaha bahagian perkhemahan
Perkhemahan: Tempat: Tarikh: Hari: Malam: |
Tandatangan: Nama Penguji: Pangkat/Jawatan: Tarikh: |
ARAH MATA ANGIN DAN MENGENALI
PETA TOPO
Arah
Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat. Bearing tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.
Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan. Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.
Peta topo
1. peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai berbagai-bagai maklumat.
2. peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut.
3. maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
(a) rupa bumi dari garis kontur
(b) bentuk saliran
(c) tumbuhan semulajadi
(d) jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
(e) bentuk petempatan
(f) bentuk perhubungan
4. pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu
untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir.
MENGEMBARA ENAM KILOMETER
Pengembaraan dalam pengakap hanya akan membawa manfaat sekiranya rancangan dibuat untuk menentukan aktiviti sepanjang perjalanan tersebut.
Persediaan
Persediaan sebelum pengembaraan secara kasarnya seperti berikut:
- membincangkan peta perjalanan anda
- menyediakan kompas dan haversack
- menyediakan makanan, kotak pertolongan cemas, khemah dan alat-alat perkhemahan
- membincangkan dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa dalam pengembaraan
- menyediakan sebuah buku log pengembaraan
No comments:
Post a Comment