Search This Blog

Monday, 9 May 2011

PESTA BENAK, SRI AMAN

PESTA BENAK, SRI AMAN




Perkataan BENAK selalunya merujuk kepada seseorang yang bengap atau sangap. Tetapi, di Sarawak, benak membawa maksud yang lebih bermakna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Sri Aman dan sekitarnya. Di sini, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Malah, kerana popular, Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Jadi Pesta Benak bukanlah perayaan untuk meraikan orang orang yang bengap atau sangap.



Hanya ada beberapa tempat sahaja di dunia ini dimana terjadinya benak dan Bandar Sri Aman adalah salah satu daripadanya. Bandar (atau lebih kepada pekan) Sri Aman terletak kira kira 2-3 jam perjalanan dari bandar Kuching, Sarawak dan terletak di laluan ke Sibu, Bintulu dan Miri. Ianya sebuah pekan yang agak kecil dan sunyi, tetapi menjadi meriah apabila berlangsungnya Pesta Benak. Tiada pasaraya besar kecuali Supermarket Everise yang terkenal di Sarawak. Ada KFC tapi tiada McDonald. Ia lebih kecil dari bandar Kemaman, Terengganu atau Sungai Petani, Kedah. Pekan Bintulu pun lebih maju dari Sri Aman. Kebanyakan kedai termasuk stesen minyak tutup pada pukul 7.30 malam.Di Sri Aman juga terdapat sebuah kubu yang dibuat tanpa Menggunakan sebatang pakupun iaitu Kubu Alice.


Penduduk Muslim di sini agak ramai, dan begitu juga dengan penduduk Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Iban merupakan bahasa utama di sini dan dipertuturkan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sendiri.
Pesta Benak disambut pada waktu dimana ombak benak berada pada paras tertinggi, iaitu pada bulan Jun, Julai atau Ogos. Sambutan Pesta Benak 2006 disambut pada bulan Ogos dengan ombak benak mencapai ketinggian 6 meter! Pada tahun ini, Pesta Benak akan disambut pada 15, 16 dan 17 Jun.
Selain daripada Pesta Benak, Sungai Batang Lupar juga dikenali kerana di sinilah berlakunya serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Disinilah juga tempatnya buaya Bujang Senang mengganas dan membunuh banyak nyawa pada tahun 90-an. Antara mangsa Bujang Senang ialah kanak kanak yang mana pencarian mayat mereka berakhir dengan penemuan menyayat hati. Bujang Senang mempunyai kebolehan licik melarikan diri daripada pawang dan penangkap buaya profesional sehingga pada suatu ketika ia dianggap sebagai binatang jelmaan.

SELAMAT MEMBACA......

No comments:

Post a Comment