Search This Blog

Thursday, 5 May 2011

sambungan.... LENCANA USAHA (5)

MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang penting semasa memilih tapak perkhemahan:
1. Tinjauan awal bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan adalah mustahak.
2. Jika perlu, beritahu pihak polis yang berdekatan mengenai perkhemahn itu.
3. Memastikan terdapat sumber air  yang bersih (air paip atau air perigi)
4. Memilih tempat  yang  lebih  tinggi, dan di kawasan yang rata; elakkan daripada banjir
5. Jangan dirikan tandas berdekatan dengan kawasan khemah
6. Jangan memilih kawasan yang berdekatan dengan pembiakan nyamuk
7. Kawasan sekeliling haruslah bersih
8. Jangan dirikan khemah di bawah pokok besar   
9. Memilih tempat  yang lapang supay mendapat pendedahan cahaya matahari
10. Khemah mesti didirikan menghala arah tiupan angin supaya dapat mengelakkan daripada runtuh apabila tiupan angin kencang dan sudah tentu keadaan dalam khemah akan lebih berangin dan nyaman

KEPERLUAN PERIBADI UNTUK BERKHEMAH

Pengakap hendaklah tahu bagaimana cara terbaik mengatur dan menyusun segala barang dan keperluan peribadi untuk berkhemah  selama dua hari. Ini kerana terdapat pelbagai jenis barang dan keperluan dan harus dielakkan daripada pecah atau rosak.

Alatan
  1. pinggan                                        
  2. mangkuk
  3. cawan
  4. garpu dan sudu
  5. senduk
  6. kuali
  7. periuk
  8. pisau
  9. parang
  10. kapak
  11. baldi
  12. makanan yang secukupnya

   Alat tulis
  1. pembaris
  2. getah pemadam
  3. pen mata bola
  4. pensel
  5. pensel warna
  6. kompas
  7. peta
  8. buku nota
  9. buku log pengakap

Pakaian
  1. baju hujan
  2. baju tidur
  3. baju sejuk
  4. pakaian seragam pengakap
  5. seluar pendek
  6. kemeja T
  7. seluar mandi
  8. sapu tangan
  9. tuala pengelap
  10. tuala mandi
  11. baju yang secukupnya
  12. sarung kaki
  13. selipar
  14. kasut getah
  15. kasut kulit

Keperluan diri
  1. khemah dan pancang
  2. tikar
  3. beg tidur
  4. lampu minyak tanah
  5. lampu suluh
  6. lilin
  7. mancis
  8. ubat nyamuk
  9. ubat gigi
  10. berus gigi
  11. sabun
  12. minyak rambut
  13. sikat
  14. cermin
  15. kotak jarum
  16. kertas tandas
  17. alat-alat pertolongan cemas

Mengatur haversack

Kebanyakan pengakap lebih suka haversack yang berangka kerana ia membantu bungkusan berada dalam keadaan  yang  sesuai. Ia mempunyai satu ruang udara di antara haversack dan badan anda supaya anda berasa lebih selesa.
   Terdapat banyak jenis haversack yang berangka. Keberatan adalah lebih sesuai diletakkan di atas haversack daripada di bawah. Barang-barang dan peralatan perlu disusun dengan  teratur sebelum meletakkannya ke dalam haversack. Kebanyakkan pengakap membawa barang yang tidak dikehendaki.
   Seseorang pengakap mesti ingat bahawa setiap barang yang mereka bawa hendaklah dibawa dari mula hingga akhir. Di samping itu, ada yang membawa selimut yang berlebihan  supaya boleh tidur dengan  lebih selesa. Semua ini salah kerana ia akan memberatkan lagi haversack.
   Berikut  adalah perkara-perkara yang mesti diingat  sebelum mengatur haversack.
  • Barang-barang yang selalu digunakan  hendaklah diletakkan  di tempat yang senang  diambil seperti di bahagian atas haversack
  • Barang-barang makanan, seperti mentega, tidak boleh diletakkan berhampiran dengan pakaian kerana ia akan mengotorkannya
  • Bersedia untuk masa kecemasan. Ini bermakna barang-barang yang diperlukan di waktu kecemasan  seperti tikar dan ubat-ubatan  mestilah diletakkan  di bahagian yang senang diambil
  • Sentiasa ingat dan tulis pada sekeping kertas di mana anda meletakkan barang-barang tertentu supaya tidak bersusah payah mencari barang-barang itu

Peringatan : cara-cara tersebut sangat penting semasa membungkus haversack


ALAT-ALAT PERTOLONGAN CEMAS PERIBADI
Untuk mengikuti sesuatu pengembaraan, pengakap hendaklah menyediakan sendiri alat-alat dan keperluan pertolongan cemas. Alat-alat ini adalah semata-mata untuk keperluan sendiri.
           Alat-alat dan keperluan  yang harus disediakan  adalah seperti berikut:
1.       pembalut kecemasan  yang kecil (tiga bungkus)
2.       pembalut kecemasan yang sederhana (tiga bungkus)
3.       sekurang-kurangnya empat pembalut segitiga
4.       ubat pencegah kuman
5.       ubat pencegah penyakit
6.       berbagai jenis kain pelekat (plaster)
7.       sepit pembalut
8.       pin keselamatan
9.       jangka suhu
10.    penyepit kapas
11.    kain pelekat yang tidak kering
12.    alat pencuci mata
13.    gunting hujung bulat
14.    kertas dan pensel
15.    segulung pelekat plaster
16.    enam keping kain kasar  yang bersih daripada kuman
17.    kain kapas yang berkuntum
18.    bekas untuk cecair pencegah kuman
19.    kain kapas
20.    kapas pembalut yang sesuai
21.    cecair pembunuh kuman
22.    kertas tisu
23.    kain pembalut putih
24.    pembalut kecemasan yang besar
25.    lampu suluh
26.    ubat cuci biru
27.    ubat cuci kuning
28.    dettol
29.    ubat pening seperti panadol, dusil dan sebagainya
30.    smelling salts

MENGHIDUPKAN API

Kayu yang baru dipotong atau  yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. Oleh itu, penggunaan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu adalah lebih sesuai.
  1. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran. Sekiranya kayu ini tidak mahu digunakan, periksalah terlebih dahulu kawasan itu.
  2. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.
  3. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

Memulakan api
Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api. Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.

Bahan-bahan untuk memulakan api:
1.       daun kering
2.       ranting
3.       kayu kering yang besar
4.       rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut



Peringatan :
  1. persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup oksigen membantu pembakaran.
  2. sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak cukup kering. Carilah kayu yang ringan dan kering.
§         Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja yang basah, melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya basah, belahlah kayu tersebut kemudian ambillah bahagian dalamnya.
§         Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu tersebut kering perlahan-lahan

  1. semasa anda menghidupkan api, pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Memadamkan api
Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga mampat. Letakkan semula rumput yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air supaya rumput itu dapat hidup semula.

Memasak
Pengakap perlu mengetahui cara menyediakan minuman serta memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri. Makanan seperti berikut perlu diketahui oleh pengakap.
  1. nasi putih
  2. sejenis masakan sayur
  3. menggoreng telur
  4. memanaskan makanan dalam tin
  5. menyediakan minuman

1 comment: