Search This Blog

Monday 9 May 2011

C & C 1MALAYSIA




DEFINISI KLINIK CNC 1MALAYSIA
Satu fasiliti terbuka yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang boleh diaccess oleh semua peringkat pelanggan di dalam sebuah institusi – penagih, keluarga, majikan dan lain-lain (open access services).
Fasiliti berperanan sebagai penyedia, pelaksana, perunding, penyelaras dan perujuk (termasuk kes advokasi) kepada program rawatan dan pemulihan klien – memenuhi keperluan kepulihan klien.
Cure
 & Care (Pulih & Prihatin) diterjemahkan sebagai cara penyampaian perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan AADK selaras dengan hasrat kerajaan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan Program Transformasi Kerajaan melalui penetapan pencapaian NKRA.

APA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pada masa ini 12 perkhidmatan disediakan (secara berperingkat-peringkat).
Perkhidmatan ini disediakan secara pakej mengikut peringkat penempatan klien (client's placement level) dan jenis perkhidmatan antaranya :-
     -   Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
     -   Residen (2 minggu – 6 bulan)
     -   Daycare (1/2 hari, sehari dan hujung minggu – retreat)
     -   Detoksifikasi (7 – 14 hari)
     -   Khidmat singkat (terbuka)
     -   Rujukan/advokasi (terbuka)
     -   Rawatan terapi gantian (rujukan & berkala)

KEMASUKAN 

Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:-
     -   Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela
     -   Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga

                           (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan).
     -   Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.

No comments:

Post a Comment