Search This Blog

Thursday 5 May 2011

sambungan.... LENCANA USAHA (7)

PERKHIDMATAN

BALUTAN ANDUH

Kain pembalut tiga persegi
Pembalut ialah kain bersih yang digunakan untuk menutup luka-luka atau bahagian yang cedera. Pembalut yang biasa digunakan di dalam pertolongan cemas ialah seperti berikut:
1.     kain pembalut biasa (rollar bandage)
2.     kain pembalut yang bercampur dengan getah (grepe bandage)
3.     kain pembalut tiga persegi atau tiga penjuru (triangular)

Kegunaan kain pembalut
1.     untuk membalut atau membungkus anggota yang luka atau bahagian yang cedera, seperti patah.
2.     untuk menetapkan ikatan (dressing) kepada anggota yang luka supaya jangan bergerak atau beralih
3.     untuk menetapkan mengikut kayu pemilang (splint) kepada anggota yang patah (fracture)
4.     untuk membuat anduh (arm sling)
5.     untuk memberhentikan darah, mengurangkan dan menghilangkan bengkak.

Jenis-jenis
Ada tiga jenis kain dressing
1.     kain jarang
2.     kain panas
3.     kain kapas

Jenis ikatan membalut
1.     balutan biasa (simple spiral bandage)
2.     balutan selang-seli (reverse spiral bandage)
3.     balutan nombor 8 seperti bahu (figure of eight)
4.     ikatan untuk kepala (capeline bandage)

Peraturan membalut dengan kain pembalut biasa (rollar bandage)
1.     hendaklah berdiri di hadapan anggota-anggota yang hendak dibalut
2.     anggota yang hendak dibalut itu hendaklah diperiksa sebelum dibalut sama ada ia luka atau parah

3.     membalutnya hendaklah dari bawah ke atas, dan dari dalam ke luar
4.     tiap-tiap satu balutan hendaklah menutupi 2/3 daripada balutan yang pertama
5.     balutan hendaklah tegak satu garisan di dalam satu balutan selang-seli
6.     anggota yang luka hendaklah dicuci dan ditutup dengan kain dressing (kain pembalut luka), iaitu kain jarang dan kain kapas, kemudian barulah kapas (cotton wool) digunakan sebelum dibalut.

TINDAKAN KECEMASAN

Pertolongan cemas
Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doctor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doctor.
      Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.
      Dalam memenuhi keperluan Lencana Usaha, pengakap dikehendaki tahu bagaimana menghadapi kemalangan seperti terbakar, luka, disengat binatang, dan pengsan atau pitam. Mereka harus tahu tanda, punca atau penyebab dan yang paling penting rawatannya.

Kemalangan
1.     Segera pindahkan mangsa ke tepi jalan
2.     Minta pertolongan orang ramai untuk menelefon ambulans
3.     Tanggalkan baju, jam tangan, cermin mata, dan gigi palsu mangsa
4.     Berikan pertolongan cemas, balut mana-mana luka yang parah
5.     Jauhkan orang ramai daripada mengelilingi mangsa
6.     Tunggu hingga ambulans tiba. Beri keterangan yang benar kepada pihak yang berkuasa.



Luka
Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar di bahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika kuman-kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah (jangkitan).

Jenis-jenis luka
Luka boleh dibahagikan kepada yang berikut:
1.     luka terhiris (incised wound)
2.     luka terkoyak (lacerated wound)
3.     luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound)
4.     lebam (contused wound)
5.     tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk, tetapi besar ketika peluru keluar (gunshot wound)

Rawatan
1.     balut luka dengan kain yang bersih dan kering
2.     tahan darah jika keluar
3.     gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital

Luka di dada kerana tertikam
1.     baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan badannya ke sebelah luka
2.     balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound)
3.     hantar ke hospital dengan segera

Terbakar dan melecur
Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik atau ubat-ubat yang keras lagi tajam seperti air api, asid dan alkali. Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih atau minyak panas.

Rawatan
1.     baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya.
2.     lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering
3.     panggil doctor
4.     berikan pesakit banyak minuman panas (jka ia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau melecur tidak teruk)
5.     jika pakainnya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya diatas. Pergerakan akan menyalakan api.

Perhatian : 1.JANGAN gunakan ubat-ubat yang berminyak
             2. JANGAN cucuk gelembung-gelembung melecur.

Digigit ular

Tanda dan alamat
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan berbisa pada pesakit.

Rawatan
1.     jika anggota badan digigit,tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti
2.     anda harus dapat merasa denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki
3.     cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk menawarkan racun yangada pada luka itu
4.     juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah keluar dengan menghiris daging yang digigit dengan pisau tajam, yang telah terbakar terlebih dahulu
5.     longgarkan ikatan selama setengah minit tiap-tiap setengah jam
6.     biarkan pesakit bertenang dengan cukup
7.     berikannya kopi atau teh agar badannya panas
8.     jika ia tidak bernafas, bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan
9.     panggil doctor atau bawa ia ke rumah sakit yang paling dekat
10. antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hany boleh diberikan oleh mereka yang terlatih untuk berbuat demikian

 Disengat Lebah, Tebuan dan Penyengat

Rawatan
1.     tanggalkan sengatnya dengan hujung jarum yang telah dibakar dan disejukkan kemudiannya.
2.     sapukan krim antihistamina (antihistamine cream) dengan segera. Spirit metil (methylated spirit) atau larutan ammonia cair boleh digunakan.
3.     jika sengatan itu berlaku di dalam mulut, bersihkan mulut si malang dengan larutan soda bikarbonat-satu sudu teh dengan segelas air. Jika terdapat kesukaran dalam pernafasan, letakkan dia dalam keadaan yang selamat (recovery position) dan beri dia menghirup ais. Dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta.

Pitam dan Pengsan

Sebab-sebab
1.     udara tidak dapat berkisar dengan betul
2.     terlalu lapar atau terlalu kenyang
3.     mendapat berita yang mengejutkan
4.     darah keluar terlalu banyak
5.     melihat kejadian yang ngeri
6.     mencium bau yang busuk
7.     kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala
8.     kekurangan darah dalam otak
9.     berpanas terlalu lama
10. otak tercedera

Tanda-tanda dan alamat
1.     muka menjadi pucat
2.     berasa pening dan sakit
3.     denyutan nadi menjadi lemah
4.     bernafas dengan deras

Rawatan
1.     longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya
2.     beri udara bersih dengan mengipasnya
3.     jika pesakit telah sedar, berinya minum air yang sejuk atau teh manis yang panas
4.     jika terlalu lapar, berikan makanan ringan seperti biskut atau roti
5.     berehat di tempat teduh
6.     jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya
7.     tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga
8.     jika ia bernafas dengan bising (kuat), baringkannya dalam kedudukan mengiring
9.     selimutkannya, tetapi jangan terlalu panas
10. makanan tidak boleh diberi selagi pesakit itu masih belum sedar

MENGETAHUI TEMPAT-TEMPAT PENTING

Mengetahui daerah sendiri bermaksud mengetahui tentang pelbagai perkara yang terdapat dalam daerah anda. Antaranya termasuklah perkhidmatan umum, pengangkutan tempatan, tempat-tempat bersejarah dan penting, rumah sakit atau klinik, balai polis, balai bomba, tempat pemadam api, tempay telefon awam dan tempat-tempat merbahaya. Pengakap harus mempunyai pengetahuan tentang kedudukan atau arah tempat-tempat ini.
        Untuk mengetahui daerah sendiri, pengakap harus mempunyai peta atau rajah yang dapat dijadikan panduan. Sekiranya anda dapat menunjukkan dengan tepat semua tempat yang dinyatakan, terutamanya di jalan atau mukim atau kawasan mana, adalah lebih baik. Bagi memudahkan pemahaman atau pengetahuan anda tentang daerah anda, anda boleh menyenaraikan tempat-tempat yang dinyatakan bersama jalan atau nombornya sekali pada buku cacatan anda. Anda boleh memasukkan apa juga petanda atau petunjuk yang boleh membantu dalam menentukan tempat-tempat tersebut.

MEMANDU ORANG

Satu lagi bahagian penting dalam bab tentang perkhidmatan ialah kebolehan dan keupayaan pengakap menunjukkan jalan-jalan yang terdapat di daerahnya bagi menentukan kedudukan sesebuah bangunan atau tempat-tempat penting di daerah anda. Dengan mengetahui nama dan kedudukan jalan-jalan di daerah anda akan membantu atau memudahkan anda untuk menunjukkan sesuatu jalan terutamanya kepada mereka yang bukan dari daerah itu, atau orang yang baru datang.
        Bagi memudahkan pemahaman anda, anda boleh menyenaraikan jalan-jalan yang terdapat di daerah anda, berserta petanda jalan yang berdekatan. Adalah lebih baik jika anda tahu atau faham akan kedudukan jalan-jalan, terutamanya jalan-jalan utama. Ini akan memudahkan anda jika ada rakan-rakan atau orang bertanyakan tentangnya.


SELAMAT MENCUBA ......

1 comment: