Search This Blog

Wednesday 4 May 2011

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. 
      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
            Salah satu perkara yang dididik di dalam kepengakapan adalah perkhemahan. Perkhemahan dilakukan untuk mendidik ahli pengakap agar mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari ke dalam bentuk praktikal. Selain itu, ia dapat memupuk nilai – nilai kepimpinan melalui pembelajaran secara tidak formal. Perkhemahan juga mengajar ahli pengakap memupuk sikap bekerjasama dalam pasukan selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergerakkan berpengakap. Penyertaan pelajar-pelajar sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum adalah penting bagi menjana keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kerajaan kita juga telah mewajibkan agar setiap pelajar sekolah mengikuti kegiatan ko-kurikulum. Lebih-lebih lagi pada masa kini, pihak kerajaan telah menetapkan 10% markah untuk kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam akan di ambil daripada kegiatan ko-kurikulum yang disertai oleh pemohon.
            Maka, penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum khasnya aktiviti perkhemahan, akan dapat membantu membentuk sahsiah pelajar menjadi insan yang berguna melalui program-program yang telah diatur agar dapat mencapai objektif perkhemahan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment