Search This Blog

Thursday 5 May 2011

sambungan.... LENCANA USAHA (4)

KEMAHIRAN BERPENGAKAP

MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU DAN PARANG


Kegunaan pisau
Pisau digunakan terutamanya untuk:
1. memotong tali
2. memotong sayur-sayuran dan makanan
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet


Kegunaan parang
Parang digunakan di dalam kerja-kerja yang lebih berat, seperti:
1. memotong kayu
2. membelah kayu api
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet


Cara membersih dan menjaga pisau dan parang
Untuk menjamin keberkesanan fungsi pisau dan parang, ia mestilah dijaga dengan teliti. Antara yang perlu dititikberatkan ialah:
1. mesti sentiasa tajam
2. apabila tumpul, perlu diasah dengan menggunakan batu pengasah atau batu kikir
3. keringkan permukaan pisau dan parang
4. disapu dengan selapis minyak pada permukaan pisau dan parang supaya tidak berkarat
5. tidak boleh digunakan untuk membuka benda-benda keras (seperti makanan dalam tin) kerana ini akan menumpulkan atau mematahkan matanya.


Menyimpan pisau dan parang
1. masukkan ke dalam sarung apabila tidak digunakan
2. simpan di tempat yang selamat
3. simpan di tempat yang kering supaya tidak mudah berkarat


Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan pisau dan parang
1. pisau dan parang mesti sentiasa tajam
2. jangan pakai pakaian yang labuh atau ketat sehingga mengganggu keselesaan sewaktu bekerja
3. pakai kasut semasa bekerja
4. pastikan tiada orang lain yang berhampiran sewaktu bekerja
5. sebaik sahaja selesai menggunakannya, pisau dan parang hendaklah disimpan di tempat yang selamat





SIMPULAN DAN IKATAN

1. Simpul himpit (fisherman’s knot)
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin

2. Simpul pulih (sheep shank)
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat

3. Simpul bunga geti (double sheet bend)
Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat

4. Lilit balak (timber hitch)
Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.

5. Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan

6. Ikat seraya (square lashing)
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang

7. Ikat serong (diagonal lashing)
Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang

UNDANG-UNDANG LALU LINTAS JALAN RAYA

Pejalan kaki
1. Pengakap hendaklah berjalan mengikut sebelah kanan pada setiap masa
2. Jangan sekali-kali berlari atau bermain-main semasa berjalan di jalan raya
3. Seboleh-bolehnya gunakan tempat yang sedia khas untuk melintas, seperti di tempat lampu isyarat, jejantas dan sebagainya
4. Semasa turun daripada bas, tunggu sehingga bas sudah bergerak jauh sebelum melintas
5. Amalkan beratur semasa menaiki bas
6. Ikutilah nasihat dan panduan daripada guru atau pemimpin pengakap dari semasa ke semasa tentang keselamatan di jalan raya.

Penunggang basikal
1. Tentukan basikal berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Segala bahagian utama hendaklah diperiksa sebelum menunggangnya.
2. Jangan sekali-kali menunggang basikal sesuka hati atau berkumpulan. Tungganglah dalam satu barisan.
3. Gunakan lorong penunggang basikal yang disediakan. Jika tiada lorong khas, hendaklah menunggang di sebelah kiri jalan.
4. Sebelum membelok ke kiri atau ke kanan atau berhenti, pandang ke belakang terlebih dahulu, kemudian berilah isyarat dengan jelas.
5. Jika ingin membelok ke kanan, sentiasa tunggu di tepi sebelah kiri jalan raya, dan apabila tiba di tempat membelok lihat ke belakang. Jika tiada kenderaan, berikan isyarat, dan bergeraklah ke tengah jalan raya, dan tunggu peluang untuk membelok ke kanan jalan raya,
6. Hendaklah beri jalan kepada kenderaan di sebelah kanan.
7. Faham dan tahu isyarat-isyarat jalan raya.
8. Jangan sekali-kali menunggang basikal mengikut cara yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment