Search This Blog

Sunday 8 May 2011

LENCANA MAJU


Lencana Maju

CITA-CITA PENGKAP
1. Mengetahui organisasi Majlis Pengakap Daerah, Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan     Pengakap Malaysia.
2. Mengecam dan melukis bendera semua negeri di Malaysia.
3. Mengenali dan mengetahui nama penuh Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Penolong     Pesuruhjaya Daerah sendiri.
4. Menghafal dan menerangkan erti kesemua "Undang-undang Pengakap".


KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
    Luruskan Barisan, Cepat Jalan, Hentak Kaki, Berhenti, BelokKanan, Belok Kiri, Tukar     Langkah dan Perlahan Jalan
2. Melanjutkan latihan Kawad Tongkat:
    Rusuk Tongkat, Turun Tongkat,Jinjit Tongkat,Julang Tongkat dan Bimbit Tongkat.
3. Memahami serta menunjukan dengan jayanya Upacara Mengibarkan Bendera serta Upacara     Menurunkan Bendera.
4. Melaksanakan aktiviti berikut:
    (a) Panjat tali setinggi 3 meter
    (b) Memanjat pokok sekurang-kurangnya setinggi 4 meter.



KEMAHIRAN PENGAKAP
1. Menerangkan kegunaan dan cara menjaga, mengasah dan menyimpan kapak, kapak penebang     dan gergaji dan langkah keselamatan.
2. Mengetahui teknik menebang, merincih pokok, memotong ketungan pokok dan menyusun     ketungan kayu.
3. Menunjuk cara membuat simpulan dan ikatan berikut serta mengetahui kegunaan tiap satunya:-
    (a) Tindih Kasih Gelung (bowline on the tight)
    (b) Belit Lucut (highwayman's hitch)
    (c) Lilit Pasdul (marline-spike hitch)
    (d) Simpul Kerusi (fireman's chair knot)
    (e) Lilit Pemati Selit (sailmaker's whipping)
    (f) Simpul Kepala lalat (crown knot)
    (g) Sambatan Balik (back splice)
    (h) Ikatan Silang Gunting (sheer lashing)

4. Memasak makanan secara rimba (backwood's) berikut:-
    nasi, telur, ubi kentang, ubi kayu dan roti lilit (twist).
5. Menyiapkan satu model projek merintis (pioneering project) dalam lingkungan tidak melebih 1     meter tinggi / panjang.
6. Membuat kajian mengenai perkara berikut:-
    (a) 6 jenis burung tempatan, 6 jenis binatang tempatan dan 6 jenispokok tempatan.
    (b) (i) Lawatan ke satu bangunan penting atan ke kawasan penempatan dan membuat laporan               mengenainya;
    (b) (ii) Menceritakan sejarah dan kepentingan suatu kawasan kecil berhampiran rumab sendiri,                misalnya: mengikut sejauh satu kilometer sungai atau parit dan membuat satu peta ukuran                besar menunjukkan tempat-tempat yang penting.
7. Berkhemah serta tidur kurang daripada 5 malam dan menyediakan rekod perkhemahan tersebut     di dalam Buku Log.
8. Berenang 30 meter ATAU
    Mengetahui langkah keselamatan berenang dan melakukan teknikmenyelarnatkan mangsa lemas     dengan menggunakan tali penyelamat atau sebarang benda yang dapat digunakan semasa     kecemasan.
9. Faham akan langkah keselamatan yang mesti diambil sebelum melakukan kegiatan kerja luar     seperti berkhemah, mengembara dan sebagainya.
1O. Melalukan mana-mana dua perkara berikut:-
    (a) Memasang dan menggunakan dapur gas, lampu gas atau dapur minyak tanah.
    (b) Menyenaraikan barang-barang keperluan berkhemah untuk satu patrol bagi jangka masa     satu hujung minggu.
    (c) Memasak makanan untuk dua orang.


PENGEMBARAAN
1. Mengetahui sekurang-kurangnya DUA jenis kompas dan tahu cara membaca bearing.
2. Menerangkan sistem kontor.

1 comment:

  1. klau nk buat buku log pengakap utk rambu bleh tiru yg ni ek sbagai rujukan ?

    ReplyDelete