Search This Blog

Thursday 5 May 2011

sambungan.... LENCANA USAHA

CITA-CITA PENGAKAP

BENDERA MALAYSIA DAN BENDERA NEGERI

Bendera Malaysia

Bnebdera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih yang berselang-selang dengan lebar yang sama bagi setiap jalur. Ini melambangkan Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri itu terdiri daripada Perlis Indera Kayangan, Kedah Darul Aman, Melaka Bandar Bersejarah, Johor Darul Takzim, Selangor Darul Ehsan, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Sabah Dibawah Bayu, Sarawak Bumi Kenyalang, Kelantan Darul Naim, Perak Darul Ridzuan, Pahang Darul Makmur, Negeri Sembilan Darul Khusus, Terengganu Darul Iman dan Wilayah Persekutuan.
        Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga ke atas jalur merah yang kelima itu bermakna perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan serta bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan di kalangan semua 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah satu pemerintah. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ini ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam  sebagai agama rasmi negeri.

Bendera Negeri

Johor Darul Takzim
Bendera negeri Johor Darul Takzim terdiri daripada sebutir bintang pecah lima dan bulan sabit, kedua-duanya berwarna putih, yang menandakan raja yang berdaulat. Warna biru tua bermaksud kerajaan negeri, manakala warna merah bererti hulubalang yang telah mempertahankan negeri. Lambang bulan dan bintang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi negeri.

Kedah Darul Aman
Benderanya terdiri daripada lambang negeri yang berlatarbelakangkan warna merah seluruhnya. Warna merah ialah warna negeri turun-temurun. Lambang negeri yang terdiri daripada padi (kuning) melambangkan kemakmuran, anak bulan (hijau) menandakan agama rasmi negeri, iaitu Islam, dan perisai (kuning) bermaksud kerajaan beraja yang sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya.

Kelantan Darul Naim
Benderanya berlatarbelakangkan warna merah seluruhnya. Di tengah-tengahnya terdapat lambang negeri yang berwarna putih. Warna merah bermaksud kejujuran penduduknya serta sultan pemerintah. Lambang kebesaran terdiri daripada bulan sabit, bintang bermaksud lambang agama, serta dua tombak dan dua bilah keris yang melambangkan keselamatan dan kesejahteraan negeri. Warna putih bererti tanda kesucian negeri ini.

Melaka
Benderanya mengandungi tiga warna latar belakang, iaitu biru, dengan sebutir bintang serta bulan sabit di sebelah kiri atasnya, merah dan putih. Warna kuning pada bulan dan bintang, biru, merah dan putih adalah warna Persekutuan yang menunjukkan Melaka sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan. Bulan dan bintang ialah lambang agama Islam, agama rasmi negeri dan Malaysia.




Negeri Sembilan Darul Khusus
Benderanya mempunyai segiempat bujur dibahagian atas sebelah kiri yang berwarna merah dan hitam. Warna merah bermakna rakyat, manakala warna hitam bermaksud Datuk datuk Undang. Warna kuning selebihnya bermaksud DYMM Yang Dipertuan besar sebagai pemerintah negeri.

Pahang Darul Makmur
Benderanya terdiri daripada dua warna yang sama lebar, iaitu putih dan hitam. Warna putih di sebelah atas melambangkan sultan pemerintah, manakala warna hitam di bahagian bawahnya melambangkan rakyat.

Perak Darul Ridzuan
Benderanya terdiri daripada tiga jalur yang sama lebar. Tiap-tiap jalur terdiri daripada satu warna, iaitu putih di atas, kuning di tengah dan hitam di bawah. Jalur putih maksudnya DYMM Sultan, jalur kuning maksudnya Raja Muda and warna hitam ialah Raja Dihilir. Kedudukan tiga warna atau jalur ini menunjukkan tiga waris kepada pemerintahan negeri Perak mengikut susunan berikut: Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.

Perils Indera Kayangan
Benderanya terdiri daripada dua jalur mengandungi satu warna tiap-tiap satu. Jalur kuning di bahagian atas bermaksud DYMM Raja, dan warna biru di bawahnya bermaksud rakyat di negeri ini. Cantuman dua jalur ini melambangkan kerjasama erat antara raja dengan rakyat.

Pulau Pinang
Benderanya terbahagi kepada tiga pecahan menegak, terdiri daripada warna biru di kanan, putih di tengah dan kuning di kirinya.warna biru bermaksud laut yang mengelilingi pulau ini, warna putih negeri ini aman damai dan warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon pinang ditengah-tengahnya ialah pohon yang nama Pulau Pinang diambil.

Sabah
Bentuk benderanya ialah berjalur tiga dan satu petak yang terdapat lambang gunung di dalamnya. Warna biru di bahagian atas melambangkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran, dan warna putih di tengah melambangkan kesucian dan keikhlasan. Warna merah di bahagian bawah melambangkan keberanian dan keazaman. Lambang gunung didalam petak ialah Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi kebanggaan Sabah.

Sarawak
Benderanya terdiri daripada tiga warna yang dipecahkan kepada tiga bahagian. Jalur hitam melambangkan sumber asli dan kekayaan negeri, jalur merah di sebelah bawahnya melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat negeri ini, warna kuning pula melambangkan kekuasaan undang-undang, perpaduan dan kestabilan. Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan buah kawasan atau bahagian di dalam negeri ini. Ia juga melambangkan cita-cita rakyat dalam usaha memperbaiki taraf hidup. 

Selangor Darul Ehsan
Benderanya berbentuk segi empat berwarna merah di bahagian atas kiri dan bawah kanan, dan kuning di bahagian atas kanan dan bawah kiri. Warna merah dan kuning maksudnya daging dan darah, iaitu keperluan jiwa dan tenaga kepada rakyat negeri ini. Bulan dan bintang berwarna putih di bahagian atasialah sebagai lambang agama Islam.

Terengganu Darul Iman
Benderan negeri ini mempunyai latar belakang berwarna putih yang bermaksud DYMM Sultan. Warna putih ini melingkungi warna hitam yang bererti rakyat. Di tengah-tengahnya terdapat bulan dan bintang berwarna putih melambangkan agama Islam, agama negeri ini.

Wilayah Persekutuan
Bendera Wilayah Persekutuan hamper serupa dengan bendera kebangsaan kerana ia adalah ibu kota Malaysia. Bendera ini mempunyai 14 jalur merah dan putih yang melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. Bulan dan bintang melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat agama rasmi Negara, iaitu Islam. Warna biru melambangkan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian dan kesanggupan bandara raya Kuala Lumpur menghadapi cabaran dalam usaha membina sebuah bandar raya yang dinamik, maju dan cosmopolitan. Warna kuning adalah lambang kedaulatan DYMM Raja-raja dan warna putih melambangkan kesucian, kebersihan dan keindahan Kuala Lumpur sebagai sebuah garden city.
  
LAGU KEBANGSAAN
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyai hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahkta

1 comment:

  1. nama2 org kenamaan tu..dymm agong kn??permasuri nk jugak ker??sultan nk jugak ker??

    ReplyDelete