Hari ulang tahun Umat Islam diperbodohkan dan disembelih
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Untuk selingan - Sewaktu zaman persekolahan dahulu, Saya pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
SEJARAH SEBENAR APRIL FOOL
Perayaan April Fool's Day ini, adalah bermula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang oleh tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri dan ada juga yang bersembunyi di tempat-tempat rahsia. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diwar-warkan bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan tanpa gangguan orang-orang kristian. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah, telah pergi mengintip ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.
Selepas rumah-rumah orang Islam ditinggalkan maka pada masa inilah puak kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal-kapal orang-orang Islam juga dibakar. Pihak Kristian kemudiannya mengepung lalu menyerang orang-orang Islam yang terperangkap lalu berlakulah jenayah perang yang zalim yang mana kristian membunuh kesemua orang-orang Islam ini dengan kejam tanpa mengira lelaki, perempuan, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Lebih menyayat hati lagi perempuan-perempuan muda Islam dirogol beramai-ramai dikhalayak ramai dan setelah puas kemudian mereka disiksa lalu dibunuh dengan kejam dengan ada dikalangan orang-orang Islam ini disalib. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh orang-orang Kristian yang dikenali sebagai “April Fool”. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Tidak cukupkah lagi agenda Yahudi dan Nasrani menyesatkan Tauhid orang-orang Islam yang telah secara terang-terangan atau berselindung kita telah sokong bersama secara langsung atau tidak langsung? Sedangkan masyarakat Islam kini bersama-sama pula memeriahkan sambutan kemenangan orang kafir terhadap Islam.
Renungkanlah, di mana tahap IMAN kita berada sekarang. . . . . . . . .
Sejarah sedih kezaliman terhadap umat Islam ini memang sengaja ditutup agar umat Islam tidak mengetahuinya. Peristiwa-peristiwa seperti ini masih berlaku kini di Negara-Negara Islam di luar sana… dan kita di sini masih leka dengan kesenangan dan keselesaan.
Umat Islam di Malaysia masih tidak ambil tahu maksiat yang berlaku disekitar mereka walaupun berlaku terang-terangan. Program hiburan yang bertentangan dengan syariat Islam masih berleluasa tanpa tentangan dari pihak berkuasa tempatan. Akhlaq anak-anak muda yang bakal memimpin Negara telah rosak… berjaya dirosakkan oleh agenda kafir yang disokong oleh orang-orang Islam sendiri. Tidak hairanlah jika suatu masa kelak orang-orang Islam di Malaysia akan senasib dengan nasib orang-orang di Sepanyol semasa kejatuhan pemerintahan Islam kepada puak kristian. Bencana dari ALLAH s.w.t. kerana kekufuran umat pasti tiba jika tiada usaha dakwah dengan ikhlas dibuat. Setiap umat Islam adalah dipertanggungjawabkan melaksanakannya dan ianya adalah salah satu soalan wajib di alam Baqa'.
Beringatlah wahai insan yang pelupa bahawa sejarah akan berulang.
Janji ALLAH s.w.t. itu benar.
Hukum ALLAH s.w.t. itu benar.

No comments:
Post a Comment