Search This Blog

Sunday, 13 March 2011

SEJARAH PENGAKAP DAERAH MATANG

      Sejarah Pengakap Daerah Matang

Pada mulanya pergerakan pengakap di Kuching hanya di bawah pentadbiran satu Daerah sahaja. Atas inisiatif, Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak iaitu YB Datuk Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, maka pada tahun 1995, Daerah Kuching mempunyai kawasan yang luas dibahagikan / dipecahkan kepada EMPAT buah daerah iaitu Daerah Bandaraya Kuching, Daerah Matang, Daerah Petra Jaya dan Daerah Padawan. Tujuan utama pemecahan Daerah Kuching pada ketika itu adalah untuk memudah dan melicinkan urusan pentadbiran daerah – daerah tersebut.

Daerah Matang pada awal penubuhannya mempunyai 26 buah kumpulan. Kumpulan – kumpulan ini adalah kumpulan yang asalnya dari Daerah Kuching, yang sudah didaftarkan. Kebanyakan kumpulan adalah dari sekolah-sekolah yang terletak di kawasan Matang dan Batu Kawa.

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah yang pernah berkhidmat di Daerah Matang adalah seperti berikut:-

a.       Saudara Salman bin Khairudin             ( 1995 – 1996 )
b.      Tuan Haji Yusuf Tahir                          ( 1996 – 1997 )
c.       Tuan Haji Abang Ismawi Abang Muhi ( 1997 – 2002 )
d.      Saudara Ngatiman Bin Sarepin             ( Mei 2002 hingga sekarang )

Semenjak penubuhannya juga, pengakap – pengakap di Daerah Matang sentiasa berusaha memajukan diri dari masa ke semasa di bawah para pemimpin masing – masing. Banyak aktiviti yang talah dirancang dan dijalankan oleh persuruhjaya Daerah. Antara aktiviti yang pernah disertai oleh ahli – ahli pengakap Daerah Matang ialah :

a.       Jambori BIMP – EAGA 2000
b.      Perbarisan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak
c.       Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah
d.      Jambori Malaysia
e.       Kabori Pengakap Kanak – Kanak Ke 4
f.       Kabori Pengakap Kanak – Kanak Ke 5
g.      Perkhemahan Berpatrol Sarawak 2002 di Sibu
h.      Kursus Kawad Kaki dan lain – lain lagi.

Sehingga ke hari ini jumlah kumpulan pengakap yang berdaftar di Daerah Matang adalah sebanyak 31 buah kumpulan.Di harap pada masa – masa akan datang, jumlah kumpulan di Daerah Matang akan bertambah.

No comments:

Post a Comment