Bangktuah nak berkongsi cerita terbacalah sebuah akhbar yang terkenal kat negara kita. Bangktuah tetap sokong team Manchester United hehehehe.....football club yang bakal mencapai kejayaan pada tahun ini(2011).
Wayne Rooney bertekad menebus kekecewaan aksi terburuk dalam kariernya dengan memastikan Manchester United melakar kemenangan ke atas juara bertahan Chelsea, awal pagi esok.
Rooney mengaku gagal memberikan aksi terbaik kerana gagal berdepan tekanan berhubung masalah peribadi, kecederaan serta isu kontrak yang hampir mengakibatkan dia meninggalkan Old Trafford.
Walaupun Rooney kembali berada dalam senarai penjaring ketika menewaskan Wigan, 4-0, Sabtu lalu, aksinya dibayangi insiden dia menyiku James McCarthy yang mendorong pengurus Latics, Roberto Martinez mendakwa bintang England itu sepatutnya dibuang padang.
Namun, Rooney tidak mahu kontroversi itu menjejaskan tumpuannya ketika United berdepan perlawanan getir yang bakal menentukan hala tuju musim ini apabila bertandang ke Stamford Bridge dan kemudian Liverpool.
“Ini musim yang sukar buat saya, mungkin yang terburuk pernah saya lalui,” katanya kepada News of the World.
“Tindakan menyuarakan hasrat berpindah ke kelab lain tidak akan saya lakukan lagi selepas ini. Kemudian kecederaan menyebabkan saya terlepas beberapa perlawanan dan tidak berasa seperti memberi sumbangan kepada kelab.
“Tapi saya kini sudah cergas. Mulai sekarang, saya mahu mempamerkan aksi terbaik dan memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan penting musim ini,” katanya.
Kemenangan ke atas Wigan membolehkan United yang dikendalikan Sir Alex Ferguson kembali mendahului pasukan tangga kedua, Arsenal dengan empat mata dan jurang itu boleh ditingkatkan kepada tujuh mata jika mereka mampu menewaskan Chelsea.
Pertemuan ini kali ke-13 sejak United mencatat kemenangan terakhir di Stamford Bridge pada April 2002.
Harapan Chelsea mempertahankan kejuaraan semakin pudar dan kemungkinan boleh terlepas peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan jika United menang.
sumber daripada metro online...
No comments:
Post a Comment