Search This Blog

Monday, 14 March 2011

Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan

Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan di atas muka bumi. Ini adalah antara tugas manusia sebagai khalifah fi al-ard  - khalifah di atas  muka bumi. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 30, bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi”

Khalifah di sini ialah kita, manusia. Bermula dengan Adam a.s dan keturunannya. Visi dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam dengan syariat-Nya.

Dalam Surah al-Haj ayat 41 pula Allah berfirman, bermaksud:

“iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perbuatan yang mungkar; dan (ingatlah!) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Gambaran dalam ayat ini cukup jelas, iaitu mereka yang diberikan kedudukan; memegang jawatan, berkuasa atau sebagainya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asas; solat, zakat dan berbuat baik serta mencegah kejahatan dan mungkar.

Ini sesuai dengan fungsi manusia sebagai hamba-Nya. Dalam Surah ad-Dzariyat ayat 56 Allah berfirman, bermaksud:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”.

No comments:

Post a Comment